Heart Chat Bubble

Saturday, February 4, 2017

SEM BREAK

Cuti semester tinggal seminggu je lagi!!

Ye, seminggu je lagi dan cuti sebulan kali ni masih lagi hambar dan.... sia-sia.

Dah la kat MSU ni susah nak dapat cuti panjang, sekali dapat cuti sebulan pun rasa macam tak cuti. Sebabnya, mereput and 🍌 dekat Shah Alam ni. Balik Johor pun tak sampai seminggu sebab ada wedding abang sedara dekat Muar. 

Puncanya.....

Ya, puncanya sebab stuck dengan schedule driving class kat Shah Alam ni. Ingatkan transfer sini dapat la buat masa gap class ke apa. Eh, hareyyyy tak dapat apa pun sebab busy sangat dengan class la project la final la. So, terpaksa la korbankan masa cuti ni habiskan class.

Padan la muka siapa suruh lepas SPM kau terbongkang kat rumah, alasan buat part-time nak cari duit sendiri dulu (ceh, padahal kerja nak ponteng kerja je). Kesimpulannya ha, habis SPM tu rajin-rajinkanlah diri tu pergi buat lesen ye. Sebab rupanya kalau dah masuk university lagi takde masa nak buat dah. And, menyusahkan diri sendiri sebab mostly group assignment or project ke apa banyak yang kena keluar university.

Maka, cuti kali ni pun tak dapat nak jumpa sesiapa sangat pun sebab cuti clash la, family planning la, plan dengan family la apa lagi ha. Tapi, tapi, tapi.... wajib jumpa sorang budak ni kalau tiap kali cuti. Siapa lagi kalau bukan si ummu ni ha. Kalau tak lepak kedai makan roti canai, wajib la lepak taman layan perasaan sambil makan burger hahahahaha macam takde benda lain nak buat. Tak lain tak bukan ha dedua bercerita pasal crush la apa la semua hikayat keluar 👀.  Nak buat macam mana kalau dah dedua hopeless romantic (ye ke?)

Tak dapat nak keluar lama sangat sebab nak kena balik kampung awal, keluar makan kejap pun jadi la nak oi hahaha jangan tanya la kat mana sah lagi sahih tempat legend zaman sekolah kat pusat bandar tu ha.

Terima kasih la sebab selalu ada disaat kelaparan, kebuluran dan kemengidaman 💓


Abaikan yang tudung purple kat tengah tu ye, sebab "terjumpa tengah jalan" katanya 😆
Hahaha, tak la gurau je. Yang tu chaq, kebetulan tengah kerja so tarik la sekali suruh curi tulang kejap tak salah kan :p

Cuti kalini takdapat nak gossip lama sangat, tunggu kau habis diploma la agaknya nanti baru dapat jumpa lagi (tu pun kalau diri sendiri ni dapat cuti la ye).

Till we meet again, and i wish you all the best for your FYP and your final year diploma, jangan stress sangat, wat lek sudaa hahaha i know you can do it ✌

No comments: