Heart Chat Bubble

Tuesday, January 24, 2017

Pelangi

Malam ni, tiba-tiba je hati rasa nak luah perasaan. Perasaan yang bercampur-baur. Mixed, bercampur, macam rojak. Kadang-kadang keliru dengan diri sendiri, hati ni tengah sedih ke, tengah sakit ke, ataupun betul tengah bahagia?

Kalau dah nama manusia, memang susah nak rasa bersyukur. Tiap kali dapat masalah, tiap kali ada susah sikit, dah mengeluh. Menangis. Persoalkan semua. Persoalkan mana yang salah, mana yang betul. Sampai kadang-kadang tu jugak la, tak nampak sendiri yang salah.

Ramai tak sedar, apa yang Allah dah tulis untuk kita semua. Jalan cerita yang indah. Jalan cerita yang tak disangka. Kadang-kadang tak diminta, dah terbentang depan mata sebenarnya (itupun kalau celik, tak buta hati)

Dulu selalu merungut, selalu rasa diri tu sempurna, selalu rasa boleh hidup sorang, taknak ada orang tolong. Tapi salah, sebab rupanya semua saling memerlukan. Pernah menangis teruk sebab rasa macam dah tak ada apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri. Baru hilang kawan, rasa dah tak semangat macam apa. Rasa horrible, rasa macam hilang nyawa. Tak sedar, sebenarnya family sentiasa ada untuk kita. Tak nampak apa yang ada untuk kita, tak pernah tau nak hargai. Lumrah la kan, selalu nampak orang yang takkan pernah ada untuk kita.

Selalu persoalkan "kenapa perlu kenal, perlu ada kenangan, kalau takkan berkekalan" tapi tak sedar ada manusia yang Allah perkenalkan dengan kita sebab nak bagi pengajaran, nak ajar kita tentang lumrah hidup. Cepat sangat mengeluh, tak tau Tuhan tengah tulis jalan cerita kita, nak gantikan dengan sesuatu yang baru. Baru kena timpa ujian sikit macam ni, dah tak kuat. Belum suruh berperang ke apa ke, kalau tak agaknya awal-awal dah kalah.

And, itulah keadaan sekarang. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan budak-budak ni semua. Pernah satu tahap masa mula-mula sambung belajar, konon taknak libatkan diri sengan sesiapa, nak buat hal sendiri je. Lepas kenal sorang, sorang budak-budak ni semua, baru mula faham, baru reti macam mana nak terima kehadiran orang lain. Baru faham perasaan nak menghargai tu sebab takut nak kehilangan lagi. Budak-budak mulut puaka ni semua la yang kalau sehari tak jadi gila, tak sah. Betul la kalau dah kata akan ada pelangi lepas hujan, akan ada hikmah.

Tak ada benda lain nak cakap selain, thankyou sebab selalu ada. Thankyou sebab selalu menghiburkan hati, menyakitkan hati, menyedapkan hati :p






P/s: Appreciation post gaya macam nak graduate dah padahal....... baru habis first stage second year hahahaha acah betul :p 

Wish that we could always remain the same, be together till the end of our Degree, Amin :)