Heart Chat Bubble

Sunday, April 16, 2017

Leadership Camp 2017

The first and last day for our Psychological Medicine was on Saturday morning. Like.... whut?!! Exam on Saturday morning?!! 😠
Had been exhausted doing the fundraising activities for the whole 2 weeks, then doing some sort of program at mosque. Tak termasuk lagi lab reports yang bertangguh, assignments and projects. Tbh, this is the most toughest semester ever i swear. 
Lepastu gatal masuk IMSA pulak, boleh pulak tahun ni ada banyak events aduh memang mati la nak oi. IMSA tu dia macam student association of our faculty la kiranya.
But it's okay it's alright. Orang kata masa belajar ni la nak belajar susah, new experience apa semua.
Nak dijadikan cerita, lepas habis je exam Psychological Medicine, we are supposed to attend Leadership Camp dekat Rembau most wanted yaw. Patutnya gerak sama-sama, convoy lepas Subuh tapi exam punya pasal kena gerak sendiri lepas paper hmm 😩
Mula-mula tu yelah rasa macam "Aduh, camp leadership lagi" "Dah la tak kenal sangat semua orang, mesti pishang terok." But it turns out that was one of the memorable camp that I've attend so far ❤
That was because I've got to learnt so many new things from them. They accept me for who am I, either being a clumsy girl or public fright person, I still managed to got so much support from them.
Camp macam biasa la cliche kan hahaha buat war cry la treasure hunt la nightwalk la rantaian kasih semua tu la 😃 
Rasa macam tak cukup pulak dua hari camp hahaha sekarang dah rindu nak tidur satu dorm ramai-ramai, makan ramai-ramai semua tu sekali ☹
And betul la orang kata, don't judge a book by it's cover; nak kenal orang kena duduk dengan dia baru boleh kenal yang betul-betul kenal hahaha if you know la who and what i mean 😏
Nak cerita full 2 hari camp tu memang tak la kan hahaha biarlah jadi kenangan je 💓

 4 out of 5, Exco Ethics and Morals 

3/4 of the IMSA committees (First day of Leadership Camp)

Day 2 of the Leadership Camp before Zumba Pagi

Saturday, March 25, 2017

Its Okay, Its Alright

its happened again, and its okay.
its alright because it always happened and eventually will happened again.
you just need to act like you didnt feel anything, act like you never care even its hurt like hell.
and its okay.
"Allah will never burden you more than you can bear, and He will never put you in a situation that you couldnt handle."
and that was His promises.

bila kau dah cuba tutup aib orang tapi dia masih berlagak suci tak bersalah, 
malah siap dengar apa yang orang lain kutuk pasal kau tanpa diberitahu,
itu perkara biasa.

bila kau cuba buat yang terbaik tanpa menyusahkan orang lain,
tapi tetap ada yang berkata pasal kau,
itu perkara biasa.

bila kau kata kau dah tak kisah,
tapi orang makin suka mencari pasal,
itu perkara biasa.

Friday, February 10, 2017

Happy birthday Achiken :b

It's 7th February already, and it's your birthday!! 🎂

Happy birthday to Nurul Fateha Ashikin, you already turned 21 this year and it's 7 months older than me 😝

Thankyou for being a good roommate and classmate, thankyou sebab selalu teman shopping, teman makan (walaupun mostly aku yang teman kau turun cari makan tengah malam sbb kau lagi cepat lapar daripada aku) 😒 
Teman layan perasaan fefeeling malam-malam buta karok dalam bilik, teman ponteng kelas sekali (sebab kalau sorang tak bangun, confirm dedua tak bangun hahahaha ok ni rahsia patutnya)

Mesti kau tak expect kan mama nak plan dengan kitorang, and even kitorang dah start plan ni since awal cuti sem lagi hehe sorry sebab terpaksa tipu you, block you kat twitter, insta story apa semua sbb taknak you tau i tak balik Jb pun sebenarnya after qti test haritu.

So here we go about your birthday celebration 🙌

#roommateforlyfe 💖

Kaigeh from Ampang, Johor, Terengganu, Seremban and Perak 💞

video
Here a short video for you; surprise from KLCC-Avenue K, hahaha kesian dia ye dah macam kena dera dah .
(video pecah sebab takboleh nak upload yang large size punya video)


To Fateha; may you could find your happiness and you'll be showered with lots of love from your families, nom, friends and i wish that you'll be happy with your loved one, xoxo 💋



Saturday, February 4, 2017

SEM BREAK

Cuti semester tinggal seminggu je lagi!!

Ye, seminggu je lagi dan cuti sebulan kali ni masih lagi hambar dan.... sia-sia.

Dah la kat MSU ni susah nak dapat cuti panjang, sekali dapat cuti sebulan pun rasa macam tak cuti. Sebabnya, mereput and 🍌 dekat Shah Alam ni. Balik Johor pun tak sampai seminggu sebab ada wedding abang sedara dekat Muar. 

Puncanya.....

Ya, puncanya sebab stuck dengan schedule driving class kat Shah Alam ni. Ingatkan transfer sini dapat la buat masa gap class ke apa. Eh, hareyyyy tak dapat apa pun sebab busy sangat dengan class la project la final la. So, terpaksa la korbankan masa cuti ni habiskan class.

Padan la muka siapa suruh lepas SPM kau terbongkang kat rumah, alasan buat part-time nak cari duit sendiri dulu (ceh, padahal kerja nak ponteng kerja je). Kesimpulannya ha, habis SPM tu rajin-rajinkanlah diri tu pergi buat lesen ye. Sebab rupanya kalau dah masuk university lagi takde masa nak buat dah. And, menyusahkan diri sendiri sebab mostly group assignment or project ke apa banyak yang kena keluar university.

Maka, cuti kali ni pun tak dapat nak jumpa sesiapa sangat pun sebab cuti clash la, family planning la, plan dengan family la apa lagi ha. Tapi, tapi, tapi.... wajib jumpa sorang budak ni kalau tiap kali cuti. Siapa lagi kalau bukan si ummu ni ha. Kalau tak lepak kedai makan roti canai, wajib la lepak taman layan perasaan sambil makan burger hahahahaha macam takde benda lain nak buat. Tak lain tak bukan ha dedua bercerita pasal crush la apa la semua hikayat keluar 👀.  Nak buat macam mana kalau dah dedua hopeless romantic (ye ke?)

Tak dapat nak keluar lama sangat sebab nak kena balik kampung awal, keluar makan kejap pun jadi la nak oi hahaha jangan tanya la kat mana sah lagi sahih tempat legend zaman sekolah kat pusat bandar tu ha.

Terima kasih la sebab selalu ada disaat kelaparan, kebuluran dan kemengidaman 💓


Abaikan yang tudung purple kat tengah tu ye, sebab "terjumpa tengah jalan" katanya 😆
Hahaha, tak la gurau je. Yang tu chaq, kebetulan tengah kerja so tarik la sekali suruh curi tulang kejap tak salah kan :p

Cuti kalini takdapat nak gossip lama sangat, tunggu kau habis diploma la agaknya nanti baru dapat jumpa lagi (tu pun kalau diri sendiri ni dapat cuti la ye).

Till we meet again, and i wish you all the best for your FYP and your final year diploma, jangan stress sangat, wat lek sudaa hahaha i know you can do it ✌

Tuesday, January 24, 2017

Pelangi

Malam ni, tiba-tiba je hati rasa nak luah perasaan. Perasaan yang bercampur-baur. Mixed, bercampur, macam rojak. Kadang-kadang keliru dengan diri sendiri, hati ni tengah sedih ke, tengah sakit ke, ataupun betul tengah bahagia?

Kalau dah nama manusia, memang susah nak rasa bersyukur. Tiap kali dapat masalah, tiap kali ada susah sikit, dah mengeluh. Menangis. Persoalkan semua. Persoalkan mana yang salah, mana yang betul. Sampai kadang-kadang tu jugak la, tak nampak sendiri yang salah.

Ramai tak sedar, apa yang Allah dah tulis untuk kita semua. Jalan cerita yang indah. Jalan cerita yang tak disangka. Kadang-kadang tak diminta, dah terbentang depan mata sebenarnya (itupun kalau celik, tak buta hati)

Dulu selalu merungut, selalu rasa diri tu sempurna, selalu rasa boleh hidup sorang, taknak ada orang tolong. Tapi salah, sebab rupanya semua saling memerlukan. Pernah menangis teruk sebab rasa macam dah tak ada apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri. Baru hilang kawan, rasa dah tak semangat macam apa. Rasa horrible, rasa macam hilang nyawa. Tak sedar, sebenarnya family sentiasa ada untuk kita. Tak nampak apa yang ada untuk kita, tak pernah tau nak hargai. Lumrah la kan, selalu nampak orang yang takkan pernah ada untuk kita.

Selalu persoalkan "kenapa perlu kenal, perlu ada kenangan, kalau takkan berkekalan" tapi tak sedar ada manusia yang Allah perkenalkan dengan kita sebab nak bagi pengajaran, nak ajar kita tentang lumrah hidup. Cepat sangat mengeluh, tak tau Tuhan tengah tulis jalan cerita kita, nak gantikan dengan sesuatu yang baru. Baru kena timpa ujian sikit macam ni, dah tak kuat. Belum suruh berperang ke apa ke, kalau tak agaknya awal-awal dah kalah.

And, itulah keadaan sekarang. Aku bersyukur Allah temukan aku dengan budak-budak ni semua. Pernah satu tahap masa mula-mula sambung belajar, konon taknak libatkan diri sengan sesiapa, nak buat hal sendiri je. Lepas kenal sorang, sorang budak-budak ni semua, baru mula faham, baru reti macam mana nak terima kehadiran orang lain. Baru faham perasaan nak menghargai tu sebab takut nak kehilangan lagi. Budak-budak mulut puaka ni semua la yang kalau sehari tak jadi gila, tak sah. Betul la kalau dah kata akan ada pelangi lepas hujan, akan ada hikmah.

Tak ada benda lain nak cakap selain, thankyou sebab selalu ada. Thankyou sebab selalu menghiburkan hati, menyakitkan hati, menyedapkan hati :p






P/s: Appreciation post gaya macam nak graduate dah padahal....... baru habis first stage second year hahahaha acah betul :p 

Wish that we could always remain the same, be together till the end of our Degree, Amin :)